Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Arab Saudi pintas 4 dron menuju medan minyak

Sumber: Sputnik
Pihak pertahanan udaranya telah memintas empat dron di atas gurun Rub’ al Khali (Empty Quarter) yang menuju ke arah Medan Minyak Shaybah. - Foto X/@SputnikInt

ISTANBUL: Kementerian Pertahanan Arab Saudi pada Jumaat memaklumkan pihak pertahanan udaranya telah memintas empat dron di atas gurun Rub’ al Khali (Empty Quarter) yang menuju ke arah Medan Minyak Shaybah di tenggara negara itu, lapor Anadolu Ajansı (AA).

Kementerian itu memaklumkan sistem pertahanan udaranya mengesan dan memusnahkan dron berkenaan sebelum pesawat udara tanpa pemandu itu sampai ke sasaran.

Advertisement

Pihak kementerian juga mengesahkan tiada kerosakan dilaporkan di fasiliti minyak tersebut.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video