Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Harga minyak dunia naik lagi

minyak, oil_AP
Kenaikan harga dalam penanda aras minyak mentah global itu berlaku selepas niaga hadapan minyak itu menyambung semula dagangan sekitar 2200 GMT pada Ahad. - Gambar hiasan

ISTANBUL: Harga minyak dunia melonjak lagi dengan minyak mentah Brent mencecah USD106 setong awal Isnin sebelum menurun sedikit pada USD104 susulan ketegangan di Asia Barat, Anadolu Ajansi melaporkan.

Kenaikan harga dalam penanda aras minyak mentah global itu berlaku selepas niaga hadapan minyak itu menyambung semula dagangan sekitar 2200 GMT pada Ahad.

Advertisement

Ia juga selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Jumaat bahawa serangan AS menyasarkan Pulau Kharg, terminal eksport minyak utama Iran di Teluk Parsi, tanpa menjejaskan infrastruktur minyak.

Trump bagaimanapun berkata walaupun telah memilih untuk tidak memusnahkan kemudahan itu, beliau akan segera mempertimbangkan semula keputusannya jika Iran atau sesiapa sahaja mengganggu laluan yang bebas dan selamat bagi kapal-kapal melalui Selat Hormuz.

Konflik di Asia Barat semakin meruncing sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, membunuh kira-kira 1,300 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video