awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: PBB rayu gencatan senjata segera dilakukan

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2021
02:57 MYT
Konflik Asia Barat: PBB rayu gencatan senjata segera dilakukan
PBB menggesa gencatan senjata segera dikuatkuasakan di Gaza dan Israel.
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata segera dikuatkuasakan di Gaza dan Israel.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, peningkatan ketenteraan yang berterusan menyebabkan penderitaan dan kemusnahan pada skala lebih besar.
"Setiausaha Agung PBB (Antonio Guterres) merayu semua pihak untuk segera melakukan gencatan senjata di Gaza dan Israel.
"Peningkatan ketenteraan hanya menyebabkan banyak penderitaan dan kemusnahan. Ia meragut nyawa orang awam termasuk kanak-kanak.
"Pertempuran berpotensi merencatkan misi keamanan dan kemanusiaan bukan sahaja di wilayah Palestin namun di wilayah lain juga," katanya di New York pada Jumaat.
Stephane berkata, semua pihak harus membenarkan usaha perdamaian dipergiatkan untuk tujuan menghentikan segera pertempuran.
"PBB terlibat secara aktif dalam usaha berkenaan dan kini menggerakkan pelbagai usaha bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan kepada mereka yang terkesan di Gaza," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Gaza
#New York
#Israel
#PBB
#Palestin
#Antonio Guterres
#Stephane Dujarric
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan