Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Rundingan dengan Iran bermula hari ini - Donald Trump

US President Donald Trump speaks to the media aboard Air Force One en route to Joint Base Andrews, in Maryland, August 2. Daniel Heuer/Reuters
Presiden Donald Trump bercakap kepada wakil media di atas pesawat Air Force One ketika dalam penerbangan menuju ke Pangkalan Andrews Maryland, pada Ahad. - Gambar Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan, rundingan dengan Iran yang dijangka berlangsung menerusi perantara, akan bermula hari ini (Isnin).

Bercakap kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One, Trump berkata, beliau berharap rundingan itu dapat membuka jalan kepada penyelesaian diplomatik yang mampu mengelakkan kehilangan nyawa serta konflik yang lebih besar.

“Kami sedang berunding dengan mereka (Iran) dalam bentuk rundingan rasmi dan ia akan bermula esok (Isnin) petang. Kita akan lihat bagaimana perkembangannya.

“Saya amat mahu perkara ini berjaya kerana ia boleh menyelamatkan banyak nyawa dan mengelakkan penggunaan kuasa yang tidak perlu. Kami bersedia bertindak pada bila-bila masa, tetapi saya lebih memilih untuk mencapai persetujuan.

“Saya tidak mahu melihat orang terbunuh kerana ramai yang akan menjadi mangsa. Itu bukan yang kami mahukan. Mereka yang meminta rundingan ini, khususnya Iran, selain tiga negara lain yang turut menghubungi kami,” katanya pada Ahad.

Trump turut mendedahkan, perbincangan dengan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Iran mendorong beliau membatalkan satu serangan besar yang dirancang pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, terdapat kemungkinan persetujuan dicapai mengenai pengurusan Selat Hormuz, laluan perkapalan strategik dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak global.

Trump juga yakin satu perjanjian berkaitan usaha menyahnuklear Iran akan dapat dimeterai melalui rundingan yang bakal berlangsung.

Must Watch Video

Advertisement