TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, situasi semasa di Selat Hormuz menjadikan keadaan “jelas bahawa tiada penyelesaian ketenteraan bagi satu krisis politik.”
Menurut beliau, ketika rundingan menunjukkan perkembangan hasil usaha diplomatik Pakistan, Amerika Syarikat perlu berwaspada agar tidak kembali terheret ke dalam kemelut oleh pihak yang berniat tidak baik.
Advertisement
Amaran sama turut ditujukan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Dalam kenyataan dimuat naik di platform X, Araghchi menegaskan: “Project Freedom adalah Projek Jalan Buntu.” - Agensi