ISTANBUL: Tiga orang cedera dan sebuah bangunan universiti di utara Bahrain rosak selepas serpihan misil Iran jatuh di kawasan itu, menurut pihak berkuasa pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Siren kecemasan diaktifkan di kawasan Muharraq pada waktu pagi bagi memberi amaran kepada orang ramai supaya berlindung, menurut Kementerian Dalam Negeri menerusi platform media sosial X.
Advertisement
Kecederaan dan kerosakan itu berlaku apabila serpihan misil jatuh berhampiran sebuah bangunan universiti di Muharraq.
Kementerian itu turut menuduh Iran “menyasarkan lokasi awam secara rambang,” dengan menyatakan sebuah loji penyahgaraman mengalami kerosakan dalam serangan dron.
-- BERNAMA-ANADOLU