Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: AS tingkatkan serangan, Israel masuk ‘fasa seterusnya’ perang Iran

White House deputy chief of staff Stephen Miller, left, and Defense Secretary Pete Hegseth arrive at the inaugural Americas Counter Cartel Conference at U.S. Southern Command in Doral, Fla., Thursday, March 5, 2026. (AP Photo/Rebecca Blackwell)
Hegseth berkata “kekuatan serangan di ruang udara Iran akan meningkat secara dramatik”, ketika Washington memperhebat operasi ketenteraannya. - Foto AP

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth berkata “kekuatan serangan di ruang udara Iran akan meningkat secara dramatik”, ketika Washington memperhebat operasi ketenteraannya

Presiden Donald Trump turut berkata AS menyerang sistem dron dan peluru berpandu Iran “setiap jam”.

Advertisement

Pada masa sama, ketua tentera Israel mengumumkan negara itu beralih ke “fasa seterusnya” perang selepas enam hari serangan berterusan.

Penduduk Iran yang ditemu bual BBC menggambarkan keadaan sebagai “meletihkan” dan “menakutkan” apabila rumah mereka bergegar akibat serangan.

Di UAE, kementerian dalam negeri mengeluarkan amaran kecemasan selepas negara itu memintas enam peluru berpandu dan 131 dron dari Iran.

Azerbaijan pula mendakwa Iran melancarkan dua serangan dron dan berkata ia sedang menyiapkan tindakan balas, sesuatu yang dinafikan oleh Tehran.

Di selatan Lubnan, Israel mengarahkan penduduk berpindah, menyebabkan kesesakan trafik besar.

Rakaman yang disahkan BBC Verify menunjukkan kerosakan ketara di kawasan itu.

United Kingdom (UK) pula menghantar empat jet pejuang ke Qatar dan mengesahkan penerbangan pertama membawa pulang rakyatnya telah berlepas, walaupun penumpang mengatakan prosesnya “kelamkabut” akibat kelewatan.

 

Must Watch Video