INTERNATIONAL
Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel

David Lammy mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel sebagai reaksi terhadap kekejaman berterusan rejim Zionis di Gaza. - Reuters
LONDON : Setiausaha Luar Britain, David Lammy mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel sebagai reaksi terhadap kekejaman berterusan rejim Zionis di Gaza.
Beliau berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Beliau berkata serangan tertubi-tubi Israel itu bukanlah cara untuk membawa pulang tebusan, selain menggesa Israel menamatkan sekatan bantuan dan mengutuk apa yang disebutnya sebagai 'ekstremisme' di beberapa bahagian kerajaan Israel.
"Oleh itu, hari ini saya mengumumkan bahawa kami telah menangguhkan rundingan dengan kerajaan Israel ini mengenai perjanjian perdagangan bebas perdagangan yang baharu."Kami akan mengkaji semula kerjasama dengan mereka di bawah peta jalan dua hala 2030. Tindakan kerajaan Netanyahu telah menjadikan ini perlu.
"Puan Timbalan Speaker, hari ini, sahabat saya, menteri Timur Tengah, sedang memanggil Pejabat Luar Duta Israel untuk menyampaikan mesej ini," katanya di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Lammy berkata, ratusan ribu penduduk awam di Gaza kini berdepan ancaman kebuluran yang semakin kritikal apabila hanya kurang daripada 10 trak bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke wilayah itu pada Isnin.
Kenyataan itu dikemukakan oleh seorang ahli Parlimen Britain dalam perbahasan Dewan Rakyat negara itu, yang
"Memetik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, beliau berkata cukup sekadar untuk mengelakkan kebuluran. Ini sangat keji!” katanya, merujuk kepada amaran tegas yang telah dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai ancaman kebuluran yang semakin meruncing.
Menurutnya, selain kelaparan dan kehilangan tempat tinggal, penduduk Gaza turut berdepan dengan trauma berpanjangan akibat serangan yang tidak berkesudahan, pengeboman terbaharu, pelarian baharu serta penderitaan yang semakin menekan setiap hari.
Lebih membimbangkan, katanya, tebusan-tebusan yang masih ditahan oleh Hamas selama hampir 600 hari kini turut berdepan risiko yang semakin tinggi akibat situasi perang yang semakin memuncak di sekitar mereka.
“Kita bercakap mengenai orang awam yang tidak bersenjata, mereka kelaparan, mereka trauma, mereka hanya mahukan perang ini tamat. Namun yang mereka hadapi ialah peluru, pelarian, dan kesengsaraan baharu setiap hari,” katanya lagi.
Situasi di Gaza dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan rejim Zionis menggandakan serangan dan tekanan ke atas bumi itu yang telah lama dizalimi.
Tentera Israel mengumumkan permulaan operasi baharu minggu lalu dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata Israel akan menguasai seluruh Gaza.
Israel telah menyekat kemasukan bekalan perubatan, makanan dan bahan api ke Gaza sejak awal Mac dan pakar antarabangsa telah memberi amaran tentang kebuluran yang semakin hampir.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami