DUNIA
Konflik Iran-Israel: Trump nafi penglibatan AS, ancam serangan dahsyat jika Tehran bertindak balas

Trump (foto) beri amaran bahawa sebarang tindakan balas daripada Tehran akan menerima serangan tentera yang belum pernah disaksikan sebelum ini. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi menegaskan bahawa Washington tidak terlibat dalam serangan udara Israel ke atas Iran.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump sekali lagi menegaskan bahawa Washington tidak terlibat dalam serangan udara Israel ke atas Iran dan memberi amaran bahawa sebarang tindakan terhadap AS akan dibalas dengan kekuatan tentera yang belum pernah disaksikan.
- Trump menyatakan bahawa Israel bertindak secara unilateral dan memberi tempoh 60 hari kepada Iran untuk menyambung semula rundingan nuklear yang tergendala.
- Rundingan nuklear yang dijadualkan berlangsung di Oman kini tergantung selepas Iran menarik diri susulan serangan, manakala AS memberi amaran keras agar Iran tidak menyasarkan kepentingan atau anggota AS di rantau tersebut.
“Amerika Syarikat tidak terlibat langsung dalam serangan terhadap Iran malam ini.
"Namun, jika kami diserang dalam apa jua bentuk sekalipun oleh Iran, kekuatan penuh dan kuasa angkatan tentera Amerika Syarikat akan digerakkan ke atas kamu pada tahap yang belum pernah disaksikan sebelum ini.
"Bagaimanapun, kami boleh dengan mudah mencapai satu perjanjian antara Iran dan Israel, dan menamatkan konflik berdarah ini!” tulis Trump.
Kenyataan itu menyusuli beberapa wawancara media di mana Trump menegaskan bahawa Israel bertindak secara unilateral dan Washington hanya dimaklumkan selepas operasi dilancarkan.
Beliau turut memberi tempoh 60 hari kepada Tehran untuk menyambung semula rundingan nuklear yang tergendala sejak serangan tersebut.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, menyokong kenyataan Trump dan menegaskan bahawa serangan itu merupakan keputusan Israel sepenuhnya tanpa penglibatan ketenteraan Amerika.
Namun, beliau memberi amaran keras agar Iran tidak menyasarkan mana-mana kepentingan atau anggota AS di rantau tersebut.
Iran sebelum ini membalas serangan rejim zionis dengan melancarkan lebih 200 peluru berpandu ke atas sasaran di Israel, menggunakan sistem baharu termasuk peluru berpandu Haj Qassem.
Sementara itu, rundingan nuklear yang dijadualkan berlangsung di Oman Ahad ini kini tergantung, selepas Iran dilaporkan menarik diri daripada menyertai perbincangan susulan serangan tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami