awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Perang Israel-Iran: Naratif Netanyahu sudah hilang taring - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
19/06/2025
14:00 MYT
Perang Israel-Iran: Naratif Netanyahu sudah hilang taring - Penganalisis
Netanyahu ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA). - Gambar fail/Reuters/Eduardo Munoz
KUALA LUMPUR: Naratif yang cuba dipaksa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada dunia untuk menghalalkan serangan ke atas Iran kini sudah tidak lagi dipercayai secara semberono oleh masyarakat global.

Ringkasan AI
  • Dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengenai ancaman nuklear Iran kehilangan kredibiliti kerana berulang tanpa bukti kukuh, mirip tuduhan palsu terhadap Iraq dahulu.Iran menunjukkan kemajuan diplomatik dengan negara-negara Arab seperti Qatar dan Arab Saudi, yang mengurangkan ketegangan serantau dan melemahkan alasan untuk serangan Israel.Israel dijangka mencari jalan untuk menamatkan konflik kerana kekurangan sokongan antarabangsa dan ketidakmampuan menyerang fasiliti nuklear Iran yang dilindungi.

Pakar perunding sejarah, Dr. Rowena Abdul Razak berkata, dakwaan Netanyahu sudah hilang kredibiliti kerana mengulangi tuduhan terhadap Iran sejak bertahun-tahun tanpa sebarang bukti jelas.
“Saya fikir orang ramai tahu mengenai perkara yang berlaku semasa Perang Iraq sebelum ini, yang dituduh memiliki senjata pemusnahan massa (WMD) tetapi ternyata tuduhan itu tidak benar. Ini merupakan sejarah yang sangat memalukan bagi ramai orang.
“Perkara yang sama sedang terjadi ke atas Iran. Netanyahu sudah menuduh Iran semakin hampir membina senjata nuklear sendiri sejak bertahun-tahun lalu. Tetapi Iran dilihat tidak bergerak ke arah persenjataan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Tambah Rowena, Netanyahu semakin terdesak kerana Iran juga menunjukkan pemulihan hubungan dua hala dengan negara-negara Arab yang sebelum ini tegang akibat konflik Syiah-Sunni dan sebagainya.
“Mutakhir ini, perkara yang menarik perhatian saya ialah hubungan Iran dengan negara-negara jiran (Arab) bertambah baik.
“Iran dan Qatar ada hubungan yang baik memandangkan kedua-dua negara berkongsi nasib sebagai negara yang dipinggirkan oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Pada masa yang sama, Iran dan Arab Saudi juga mempunyai hubungan dua hala yang semakin baik,” jelasnya.
Dalam temu bual yang sama, Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff pula menjangkakan, perang Israel-Iran ini akan berakhir dalam masa terdekat memandangkan kedudukan Netanyahu yang lemah dan tidak mampu mendominasi peperangan.
"Ia (perang Iran-Israel) akan berakhir dengan Israel mencari alasan untuk melaksanakan gencatan senjata.
“Israel tahu jika mereka gagal tarik sokongan daripada Amerika Syarikat (AS), mereka tidak akan mampu hapuskan pusat pengayaan nuklear di Fordow dan Natanz.
“Kawasan-kawasan ini dilindungi Iran sebagai fasiliti pengayaan nuklear bagi tujuan penggunaan tenaga yang selamat,” katanya.
Untuk konteks, Israel mula menyerang Iran pada 13 Jun lalu yang telah menyebabkan hampir 700 warga Iran maut setakat Khamis.
Kedua-dua negara kini berbalas serangan, dengan masing-masing mendakwa menyasarkan fasiliti ketenteraan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
#Iran
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami