DUNIA
Konflik Iran-Israel: Donald Trump beri amaran kepada Iran jika bertindak balas

Dalam kemas kini di platform Truth Social , Presiden Amerika itu berkata, sebarang tindakan balas oleh Iran terhadap negara Uncle Sam akan dibalas dengan kekuatan yang jauh lebih dahsyat - Foto/Truth Social
KUALA LUMPUR: Donald Trump memberi amaran kepada Iran agar tidak melakukan sebarang 'tindakan balas' selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga lokasi utama nuklear negara itu.
Dalam kemas kini di platform Truth Social, Presiden AS itu berkata, sebarang tindakan balas oleh Iran terhadap AS akan dibalas dengan kekuatan yang jauh lebih dahsyat.
Sebelum itu, dalam ucapan ringkas berdurasi lebih tiga minit, Trump mendakwa bahawa masa depan Iran hanya mempunyai dua pilihan, sama ada keamanan atau tragedi.
Malah, beliau mengugut bahawa masih banyak lagi sasaran yang boleh diserang oleh tentera Amerika.
Reuters melaporkan, tindakan Trump untuk menyertai kempen ketenteraan Israel terhadap Iran, dilihat sebagai satu peningkatan ketara dalam konflik dan berisiko mencetuskan era ketidakstabilan baharu di Asia Barat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami