awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Serangan ke atas Iran: Arab Saudi seru redakan ketegangan, kutuk serangan
MALAYSIA
Sultan Kedah seru anak Kedah yang berjaya kembali menyumbang kepada negeri
MALAYSIA
Penganggur mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual kanak-kanak lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Iran-Israel: AS gugur 6 bom "bunker buster" di Fordo, lancar 30 peluru berpandu di Natanz

Bernama
Bernama
22/06/2025
05:00 MYT
Konflik Iran-Israel: AS gugur 6 bom "bunker buster" di Fordo, lancar 30 peluru berpandu di Natanz
Setiap bom bunker buster seberat 15 tan digugurkan dari pesawat pengebom "Stealth" B-2 Amerika. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggugurkan enam bom "bunker buster" ke atas kemudahan nuklear Fordo dan melancarkan puluhan serangan peluru berpandu krus dari kapal selam ke atas dua tapak lain dalam serangan menyasarkan program nuklear Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Fox News.

Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat melancarkan serangan besar-besaran ke atas kemudahan nuklear Iran termasuk menggugurkan enam bom bunker buster ke atas tapak Fordo dan menembak 30 peluru berpandu krus Tomahawk ke Natanz dan Isfahan.
  • Serangan itu disahkan oleh bekas Presiden Donald Trump yang menyatakan semua pesawat pejuang AS telah keluar dari ruang udara Iran selepas operasi; Fordo merupakan kemudahan pengayaan uranium paling kukuh milik Iran.
  • Ketegangan memuncak selepas Israel menyerang beberapa tapak di Iran pada 13 Jun, menyebabkan 430 maut dan lebih 3,500 cedera; Iran memberi amaran keras kepada AS agar tidak campur tangan dalam konflik tersebut.

Menurut laporan itu, Presiden AS Donald Trump memperincikan serangan berkenaan kepada hos TV Sean Hannity, dengan berkata setiap bom bunker buster seberat 15 tan digugurkan dari pesawat pengebom "stealth" B-2 Amerika.
Secara keseluruhan, 30 peluru berpandu krus Tomahawk ditembak dari kapal selam AS ke atas kemudahan nuklear di Natanz dan Isfahan, menurut laporan itu lagi.
Trump mengesahkan serangan itu pada awal Sabtu dan berkata "muatan penuh" bom digugurkan ke atas tapak nuklear utama Iran di Fordo manakala serangan tambahan dilakukan ke atas kemudahan di Natanz dan Esfahan.
Beliau berkata semua pesawat pejuang AS telah keluar dari ruang udara Iran.
Kemudahan nuklear Fordo ialah tapak pengayaan uranium bawah tanah berhampiran Qom -- kemudahan nuklear Iran yang paling dalam dan paling kukuh, direka untuk menahan serangan udara konvensional.
Iran sebelum ini memberi amaran keras kepada Trump supaya tidak campur tangan dalam konflik dengan Israel, sambil menyatakan bahawa penyertaan langsung AS dalam permusuhan itu akan membawa kepada "akibat yang tidak dapat dipulihkan."
Trump berulang kali mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Tehran dan menegaskan bahawa AS tidak akan membenarkan Iran memperoleh senjata nuklear, sesuatu yang berulang kali dinafikan Iran bahawa ia berhasrat untuk memiliki.
Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa tapak di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, mendorong Tehran melancarkan serangan balas.
Menurut Kementerian Kesihatan Iran, serangan Israel itu mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 yang lain.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami