awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu cadang gubal enakmen wajibkan pemasangan kod QR ternakan
DUNIA
Kit ujian syarikat pemula Jepun tunjuk potensi awal pengesanan kanser
MALAYSIA
Gajah Borneo bukan Pygmy - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Iran kecam serangan AS ke atas tapak nuklear, seru UNSC bertindak

Bernama
Bernama
22/06/2025
11:02 MYT
Konflik Israel-Iran: Iran kecam serangan AS ke atas tapak nuklear, seru UNSC bertindak
Iran pada Ahad mengecam serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklearnya dan menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk bertindak. - Foto REUTERS
ANKARA: Iran pada Ahad mengecam serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklearnya dan menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk bertindak, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Iran berkata Iran berhak menentang "pencerobohan AS dan jenayah yang dilakukan rejim itu" dalam mempertahankan keselamatan negaranya susulan serangan AS.
Iran menyeru negara anggota PBB supaya mengutuk serangan AS dan menggesa semua pihak menahan diri bagi mengelak peningkatan konflik, sambil memberi amaran bahawa keadaan itu boleh membawa kesan yang meluas terhadap kestabilan serantau dan global.
"Amerika Syarikat, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, telah melakukan pelanggaran serius terhadap Piagam PBB, undang-undang antarabangsa dan NPT (Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear) dengan menyerang kemudahan nuklear Iran yang aman," kata Menteri Luar Abbas Araghchi dalam satu kenyataan.
"Kejadian pagi ini keterlaluan dan akan membawa akibat yang berkekalan. Setiap anggota PBB seharusnya berasa bimbang terhadap tingkah laku yang amat berbahaya, tidak mematuhi undang-undang dan jenayah ini," katanya.
Menegaskan hak Iran untuk bertindak balas, Araghchi berkata: "Selaras dengan Piagam PBB dan peruntukannya yang membenarkan tindakan sah mempertahankan diri, Iran berhak menggunakan semua pilihan untuk mempertahankan kedaulatan, kepentingan dan rakyatnya."
Delegasi Iran ke PBB turut secara rasmi mengesa agar Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad untuk membincangkan serangan AS itu.
Dalam surat yang dihantar kepada majlis berkenaan dan disiarkan Agensi Berita Fars, delegasi Iran menggesa agar "tindakan segera diambil dan menerima pakai langkah yang perlu di bawah rangka kerja Piagam PBB."
Surat berkenaan menekankan keperluan untuk memastikan pelaku jenayah kejam itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya agar perbuatan berkenaan tidak terlepas daripada hukuman.
Presiden AS Donald Trump pada awal Ahad berkata tenteranya telah mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordo, Natanz dan Isfahan.
Serangan itu merupakan peningkatan terbaharu dalam serangan tentera Israel yang disokong AS ke atas Iran sejak 13 Jun, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas ke atas Israel.
Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Iran, serangan Israel telah mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 yang lain.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#UNSC
#kecam serangan
#Amerika Syarikat
#tapak nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami