awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Startup ASEAN: Langkah ke hadapan bagi integrasi serantau - Setiausaha Agung ASEAN
MALAYSIA
Kementerian Komunikasi berjaya laksana reformasi kerenah birokrasi - KSN
MALAYSIA
Malaysia miliki penampan bagi tangani aliran keluar modal - Wahid Omar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Serangan ke atas pangkalan tentera Qatar pemangkin gencatan senjata - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
25/06/2025
10:43 MYT
Sponsor Banner
Konflik Israel-Iran: Serangan ke atas pangkalan tentera Qatar pemangkin gencatan senjata - Penganalisis
Ahmad Martadha berkata Iran telah berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada AS untuk tidak memperkecil keupayaan ketenteraannya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gencatan senjata Israel-Iran hanya berlaku lantaran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tertekan melihat pangkalan tenteranya di Qatar boleh dicapai oleh persenjataan Iran.

Ringkasan AI
  • Iran berjaya menunjukkan keupayaan ketenteraannya dengan menyerang pangkalan tentera AS di Qatar, menyebabkan Presiden AS Donald Trump tertekan dan mendorong kepada gencatan senjata.
  • Tindakan Iran bukan untuk merosakkan Qatar, tetapi untuk membuktikan mereka mampu bertindak balas terhadap serangan dan agar kekuatan mereka tidak diperkecilkan.
  • Walaupun gencatan senjata berlaku, penganalisis menjangkakan Israel dan AS akan terus merancang operasi ketenteraan, dengan tekanan terhadap Iran dan kemungkinan kemusnahan Gaza masih berterusan.

Dalam konteks ini, penganalisis politik dan hubungan antarabangsa, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata Iran telah berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada AS untuk tidak memperkecil keupayaan ketenteraannya.
"Tindakan Iran di Qatar lebih kepada untuk menunjukkan bahawa mereka mampu untuk bertindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan agar kekuatan Iran tidak diperkecilkan. Itu sebenarnya mesej yang ingin disampaikan.
“(Serangan ke atas pangkalan tentera AS di Qatar) Bukan bertujuan merosakkan Qatar. Bagi saya inilah yang menyebabkan berlakunya gencatan senjata kerana AS faham negara-negara sekutunya, banyak berpihak kepada Iran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam temu bual yang sama, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menjangkakan Israel dan AS akan terus membuat perancangan untuk mencapai matlamat asal operasi ketenteraan mereka.
“Selepas ini, saya fikir, satu kalibrasi baharu akan dibuat oleh Netanyahu. Apabila Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Israel ini semacam satu lakonan. Saya kira pakatan Israel, AS dan sekutunya akan terus berlaku, sama ada tekanan ke atas Iran diteruskan atau Gaza dibenarkan hancur,” katanya.
Beliau menegaskan tindakan lanjut semasa gencatan senjata Israel-Iran ini masih berlangsung adalah untuk terus memberi tekanan kepada rejim zionis dan AS agar segala tindakan ketenteraan di Asia Barat dihentikan.
Gencatan senjata antara Israel-Iran berkuatkuasa selepas 12 hari kedua-dua negara saling berbalas serangan udara.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#gencatan senjata
#Iran
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami