awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Dua terbunuh ketika ribut kuat landa Perancis
MALAYSIA
SIS Forum: Peguam seru kreativiti, konsultasi dalam fatwa
MALAYSIA
Muhamad Norazlan dilantik Panglima Tentera Udara ke-21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kementerian Komunikasi berjaya laksana reformasi kerenah birokrasi - KSN

Bernama
Bernama
25/06/2025
21:15 MYT
Sponsor Banner
Kementerian Komunikasi berjaya laksana reformasi kerenah birokrasi - KSN
Shamsul Azri (tiga, kiri) menyampaikan sijil khas penghargaan kepada wakil kementerian yang berjaya melaksanakan reformasi kerenah birokrasi pada satu majlis di Putrajaya, 24 Jun 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi adalah antara tiga kementerian yang berjaya melaksanakan reformasi kerenah birokrasi dan telah diberikan sijil khas penghargaan atas kejayaan tersebut.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Kementerian Komunikasi telah berjaya meningkatkan kecekapan kelulusan skrip filem asing daripada 30 hari kepada tujuh hari dengan penjimatan kos beban peraturan sehingga RM2.4 juta per produksi.
"Ini sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan penggambaran antarabangsa," katanya menerusi catatan di Facebook.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa menerima sijil khas penghargaan tersebut daripada Shamsul Azri dalam satu majlis di Putrajaya pada Selasa.
Bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Shamsul Azri berkata reformasi dicapai menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berjaya mempercepat kelulusan Perakuan Pelan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB) daripada 28 hari kepada tiga hari.
Selain itu, beliau berkata JBPM berjaya mempercepat kelulusan perakuan pelan teknikal tidak bersistem daripada 30 hari kepada hanya tujuh hari.
“Penjimatan kos dan beban peraturan tahunan keseluruhan sebanyak RM1.776 juta dicapai melalui pengurangan prosedur serta pemerkasaan sistem e-premis dan pembinaan bank data raya,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya mengurangkan halangan dalam pembiayaan sektor aeroangkasa dengan penjimatan beban RM17 juta bagi 50 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga 30 peratus.
“Margin keuntungan kasar naik melebihi 20 peratus melalui automasi dan pensijilan sekali gus mengukuhkan rantaian bekalan dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi.
"Reformasi diperhebat, penambahbaikan dipergiat,” katanya.
Ketua Setiausaha KPKT Datuk Noor Azman Taib dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MITI M. Punitha Veni menerima sijil bagi kementerian masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shamsul Azri Abu Bakar
#birokrasi
#reformasi
#kementerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami