awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
Meta juga didapati tidak bersalah langgar hak cipta untuk latih AI
DUNIA
Korea Selatan, NATO tubuh badan perunding industri pertahanan
BISNES
W1, restoran dengan gabungan sukan dan makanan British berjaya pikat hati pengunjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Malaysia miliki penampan bagi tangani aliran keluar modal - Wahid Omar

Bernama
Bernama
25/06/2025
21:00 MYT
Sponsor Banner
Malaysia miliki penampan bagi tangani aliran keluar modal - Wahid Omar
Malaysia mempunyai penampan yang memadai bagi mengharungi cabaran ketidaktentuan, termasuk aliran keluar modal susulan kenaikan kadar faedah global, kata Profesor Praktis INCEIF Tan Sri Abdul Wahid Omar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai penampan yang memadai bagi mengharungi cabaran ketidaktentuan, termasuk aliran keluar modal susulan kenaikan kadar faedah global, kata Profesor Praktis Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau yang juga mantan Pengerusi Bursa Malaysia itu berkata Malaysia juga mempunyai rizab antarabangsa yang mencukupi bagi membiayai jumlah bulanan import dan obligasi hutang jangka pendek.
"Pada masa sama, kita juga ada banyak pelaburan di luar negara. Bagi saya, ini bukan hanya mengenai pelaburan asing (di Malaysia), tetapi juga merangkumi pelabur domestik yang melabur di negara asing.
"Ini memberi keanjalan bagi mengharungi cabaran," kata mantan menteri itu kepada Bernama di luar program Islamic Finance Future Leaders Bootcamp 2025 di sini, pada Rabu.
Mengulas selanjutnya, Abdul Wahid berkata meskipun pasaran ekuiti mengalami aliran masuk dan keluar dana beberapa bulan kebelakangan ini, keadaan sedemikian adalah sesuatu yang bersifat kitaran.
"Apabila menyentuh aspek pergerakan pasaran kewangan, pada asasnya ini berlaku dari semasa ke semasa dan semuanya adalah relatif. Kita sudah menyaksikan aliran keluar yang ketara di pasaran ekuiti (dan pada masa sama) mencatat aliran masuk yang positif pada Mei, namun keadaan sebaliknya berlaku pada Jun.
"Semuanya adalah relatif. Akan datang masanya apabila sebahagian daripada wang (dana) ini akan kembali ke Malaysia. Selagi kita terus menumpukan soal asas, akan ada turun naik. Tetapi bagi jangka panjang, dana ini akan kembali masuk ke dalam ekonomi yang berkembang," katanya.
Menyentuh prospek ekonomi Malaysia, Abdul Wahid berkata tindakan berganjak daripada kebergantungan terhadap komoditi sejak beberapa tahun lepas, telah mengukuhkan asas ekonomi dan meletakkan di satu kedudukan lebih baik bagi menyerap kejutan luaran.
"Struktur ekonomi kita yang pelbagai telah menjadi semakin baik dari tahun ke tahun. Ekonomi ini dipacu terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan pada masa ini. Struktur yang pelbagai ini bukannya berlaku semalaman.
"Apabila struktur ini dan usaha komitmen pengurusan dana kerajaan, termasuk mengurangkan defisit fiskal, kita akan menjadikan ekonomi ini lebih berdaya tahan," katanya.
Abdul Wahid berkata ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 jika tiada tekanan luaran semasa, ekonomi dijangka berada di landasan untuk mencapai kadar pertumbuhan antara 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025.
"Bagaimanapun, berdasarkan apa yang berlaku sekarang, kita menjangkakan pertumbuhan di bawah julat itu. Namun, unjuran pertumbuhan 4.0 peratus oleh konsensus masih memadai berikutan cabaran di peringkat global pada masa ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran keluar modal
#Abdul Wahid Omar
#Malaysia
#penampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami