awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Op Serantau: Pengerusi NGO di Melaka suspek utama kes seleweng dana RM26 juta
MALAYSIA
Pegawai rancangan tanah didakwa tipu urusan baik pulih pusat pengumpulan getah
DUNIA
Iran dakwa 23 individu terlibat kegiatan pengintipan untuk Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Gencatan senjata beri peluang baharu kepada diplomasi - Utusan Iran ke PBB

Bernama
Bernama
25/06/2025
01:20 MYT
Sponsor Banner
Konflik Israel-Iran: Gencatan senjata beri peluang baharu kepada diplomasi - Utusan Iran ke PBB
Menurut Iravani, gencatan senjata rapuh antara Iran dan Israel membuka ruang baharu untuk usaha diplomasi dan percubaan Barat memaksa Tehran tunduk telah gagal. - Gambar Reuters
HAMILTON (Kanada): Wakil Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menyatakan, gencatan senjata rapuh antara Iran dan Israel membuka ruang baharu untuk usaha diplomasi, sambil menegaskan bahawa percubaan Barat memaksa Tehran tunduk telah gagal.
"Kita kini lebih hampir kepada diplomasi berbanding sebelum ini," katanya dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu pengawalan senjata pada Selasa, susulan 12 hari pertempuran sengit antara kedua-dua seteru serantau itu.
Beliau berkata, peningkatan ketegangan baru-baru ini membuktikan kegagalan pendekatan paksaan yang bertujuan memaksa Iran menghentikan program nuklear aman negara itu.
"Perang berskala besar dan berpanjangan yang mereka sangka boleh memaksa Iran menyerah kalah secara 'tanpa syarat' melalui ugutan, ancaman dan kekerasan telah gagal dengan nyata.
"Ini membuktikan satu hakikat mudah: diplomasi dan dialog adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan krisis yang tidak perlu berkaitan program nuklear aman Iran," tegasnya di hadapan Majlis.
Iravani turut membantah kehadiran Israel dalam mesyuarat berkenaan, dengan alasan rejim itu tiada kedudukan sah dalam agenda mesyuarat.
"Dari sudut perundangan dan amalan terdahulu, Israel tiada hak untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat ini. Rejim ini tiada kaitan dengan agenda. Tiada Resolusi 2231 mahupun JCPOA," katanya, merujuk kepada Resolusi 2231 Majlis Keselamatan PBB pada 2015 yang mengesahkan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) berkaitan program nuklear Iran.
Beliau menuduh Israel melakukan "pencerobohan jenayah" dengan sokongan penuh Amerika Syarikat.
"Israel menyasarkan kemudahan nuklear aman Iran, orang awam dan infrastruktur.
"Serangan ini telah meragut ratusan nyawa orang tidak bersalah, termasuk wanita, kanak-kanak, saintis nuklear, ahli akademik, pelajar, petugas bantuan kemanusiaan dan pegawai tentera," katanya.
Iravani turut menegaskan komitmen Tehran terhadap prinsip pengawalan senjata nuklear, sambil menyatakan bahawa Iran terus mematuhi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan membenarkan pemantauan meluas oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
"Iran kekal komited kepada diplomasi dan penyelesaian aman pertikaian," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#gencatan senjata
#diplomasi
#nuklear iran
#Majlis Keselamatan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami