awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Sudan: Angka korban meningkat kepada 413 orang

Bernama
Bernama
21/04/2023
15:50 MYT
Konflik Sudan: Angka korban meningkat kepada 413 orang
Seramai 413 orang terbunuh dan 3,551 lagi cedera dalam konflik di Sudan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat. - Gambar fail/AP
GENEVA: Seramai 413 orang terbunuh dan 3,551 lagi cedera dalam konflik di Sudan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.
Sementara itu, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera parah.
Menurut seorang jurucakap WHO, sejak konflik tercetus pada 15 April lalu terdapat 11 serangan menyasarkan pusat kemudahan kesihatan, lapor Agensi Anadolu.
"Menurut Kementerian Kesihatan di Sudan, sebanyak 20 kemudahan kesihatan terpaksa menghentikan operasi," kata jurucakap itu.
Pertempuran meletus antara Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan kawasan sekitar.
RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. Pihak SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai "pemberontak".
Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#angka korban
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan