awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
[TERKINI] Malaysia arah sekatan sementara terhadap Grok berkuat kuasa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Sudan masuk hari ke-1,000, orang awam berdepan krisis kemanusiaan terburuk

Bernama
Bernama
10/01/2026
09:21 MYT
Konflik Sudan masuk hari ke-1,000, orang awam berdepan krisis kemanusiaan terburuk
Hampir 34 juta orang, atau kira-kira dua pertiga daripada populasi negara itu kini memerlukan bantuan kemanusiaan. - AP/UNICEF
NEW YORK: Jumaat menandakan hari ke-1,000 sejak konflik di Sudan bermula, dengan orang awam terus menanggung beban konflik yang tidak mereka pilih, menurut badan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua.
Hampir 34 juta orang, atau kira-kira dua pertiga daripada populasi negara itu kini memerlukan bantuan kemanusiaan sekali gus menjadikan Sudan krisis kemanusiaan terbesar di dunia, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Menurut agensi PBB itu, ia juga merupakan pemindahan kecemasan terbesar, dengan 9.3 juta orang hilang tempat tinggal di dalam negara dan lebih 4.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran.
OCHA menyatakan bahawa lebih 21 juta penduduk di seluruh negara berdepan masalah ketakjaminan makanan yang meruncing. Kebuluran telah disahkan berlaku di El Fasher di Darfur Utara dan Kadugli di Kordofan Selatan, dengan sekurang-kurangnya 20 kawasan lain turut berisiko.
Menurut agensi itu, hampir 12 juta orang, terutamanya wanita dan kanak-kanak perempuan, berisiko menjadi mangsa keganasan berasaskan jantina. Isi rumah yang diketuai wanita adalah tiga kali lebih berisiko mengalami ketakjaminan makanan.
Sistem kesihatan Sudan kini hampir lumpuh, dengan kurang daripada separuh kemudahan kesihatan berfungsi sepenuhnya. Wabak kolera telah dilaporkan di kesemua 18 negeri, dengan lebih 72,000 kes disyaki direkodkan tahun lalu, katanya.
Agensi PBB itu menggesa pemberhentian permusuhan segera, penghormatan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, akses selamat untuk bantuan, perlindungan kepada orang awam dan petugas bantuan, serta penyaluran dana baharu, khususnya untuk rakan pelaksana tempatan dan organisasi yang diterajui wanita.
Konflik di Sudan bermula pada 15 April 2023 apabila pertempuran tercetus antara tentera kerajaan dan pasukan separa tentera di ibu negara, Khartoum. Konflik itu kemudian merebak ke bahagian lain negara berkenaan, dengan wilayah Darfur dan Kordofan antara paling teruk terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik
#Sudan
#bantuan kemanusiaan
#PBB
#keselamatan
#mangsa korban
#Darfur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan