awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Sudan: Semakin banyak negara asing bawa keluar rakyat

Bernama
Bernama
24/04/2023
11:45 MYT
Konflik Sudan: Semakin banyak negara asing bawa keluar rakyat
Sejak pertempuran meletus 15 April lalu, Kementerian Kesihatan melaporkan sekurang-kurangnya 424 orang terbunuh manakala kira-kira 3,730 lagi cedera. - Gambar/ AP
BERLIN: Pesawat tentera Jerman yang membawa orang yang dipindahkan dari Sudan selamat mendarat di Berlin, menurut Kementerian Luar Jerman pada Isnin.
Pesawat itu membawa 101 penumpang terdiri rakyat Jerman dan ahli keluarga mereka serta warga negara rakan kongsi.
Sebanyak tiga pesawat Airbus A400M Bundeswehr dikerahkan untuk membawa keluar orang yang dipindahkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di LUXEMBOURG, lebih 1,000 orang telah dipindahkan, kata ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell pada Isnin.
Lebih 20 pegawai EU yang bekerja di Sudan telah dipindahkan dan kembali ke Eropah.
"Operasi itu berjaya tetapi kompleks," katanya.
Sementara itu, kerajaan JEPUN sedang berusaha untuk memindahkan rakyatnya dari Sudan dengan selamat.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan sedang memantau rapat situasi di Sudan dan memastikan keselamatan rakyatnya.
"Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kira-kira 60 warga Jepun," lapor Xinhua.
Sejak pertempuran meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces pada 15 April lalu, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 424 orang terbunuh manakala kira-kira 3,730 lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#bawa keluar rakyat
#Jepun
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan