awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kongsi maklumat dengan Rusia baru-baru ini mengenai rancangan serangan pengganas

Bernama
Bernama
23/03/2024
05:48 MYT
AS kongsi maklumat dengan Rusia baru-baru ini mengenai rancangan serangan pengganas
Insiden tembakan rambang berlaku pada Jumaat di dewan konsert, Dewan Bandaraya Crocus di barat laut Moscow, diikuti kebakaran besar. - Foto AP
WASHINGTON: Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih memberitahu Sputnik bahawa Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa Rusia mengenai rancangan serangan pengganas terhadap Rusia.
"Awal bulan ini, Kerajaan AS mempunyai maklumat mengenai serangan pengganas yang dirancang di Moscow - yang berpotensi menyasarkan perhimpunan besar, termasuk konsert - mendorong Jabatan Negara mengeluarkan nasihat awam kepada rakyat Amerika di Rusia," kata jurucakap itu pada Jumaat.
"Kerajaan AS juga berkongsi maklumat ini dengan pihak berkuasa Rusia selaras dengan dasar 'kewajipan untuk memberi amaran' yang telah lama wujud".
Insiden tembakan rambang berlaku pada Jumaat di dewan konsert, Dewan Bandaraya Crocus di barat laut Moscow, diikuti kebakaran besar. Berdasarkan data awal, beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan di tempat kejadian.
Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata lebih 60 orang maut dalam serangan itu dan membuka kes siasatan jenayah berhubung serangan pengganas berkenaan.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Rumah Putih
#Rusia
#serangan pengganas
#Crocus
#Moscow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan