INTERNATIONAL
Korban akibat ribut di Kanada cecah 10 orang

Kelihatan infrastruktur Hydro yang terjejas akibat ribut, tumbang di sebatang jalan di perbandaran Ottawa Valley di Mississippi Mills, Ontario, 23 Mei 2022. (Foto AP)
OTTAWA: Jumlah korban akibat ribut yang melanda Ontario dan Quebec di Kanada pada Sabtu kini mencecah 10 orang, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Puluhan ribu penduduk turut terputus bekalan elektrik selepas angin kencang 120 km/j membadai Ontario.
Penyedia perkhidmatan elektrik, Hydro One, melaporkan kira-kira 185,000 pengguna masih mengalami gangguan bekalan elektrik setakat tengah hari Isnin, walaupun perkhidmatan telah dipulihkan kepada lebih 380,000 penduduk.
Menurut Hydro One, ribut kali ini adalah lebih buruk berbanding ribut ais pada 1998 dan puting beliung pada 2018-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami