awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19

Bernama
Bernama
10/03/2024
09:37 MYT
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Pasukan penyelamat menggunakan bot udara untuk memindahkan penduduk tempatan di kawasan perumahan yang dilanda banjir akibat hujan lebat, di Padang, wilayah Sumatera Barat, Indonesia, 8 Mac 2024. -Reuters
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat dengan dua lagi cedera dan tujuh masih hilang.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Dalam satu kenyataan, jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata 800 keluarga di daerah Padang Pariaman terjejas dengan tiga kematian dan dua kecederaan.
Banjir di Padang, Sumatera Barat telah surut sejak Sabtu membolehkan penduduk dan pihak berkuasa, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memulakan kerja pembersihan.
Ketua agensi bencana tempatan Hendri Zulviton melaporkan bahawa hujan lebat di hulu sungai menyebabkan banjir pada Khamis dan Jumaat, menjejaskan 10,150 keluarga.
Beliau berkata selain banjir, terdapat enam kejadian tanah runtuh, 19 pokok tumbang akibat angin kencang dan kejadian hakisan pantai yang mengancam dua rumah
Secara keseluruhan, bencana di Sumatera Barat telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda, termasuk 37,265 rumah terjejas dan 666 rumah rosak selain tiga rumah dihanyutkan arus deras banjir dan 26 jambatan rosak.
Sebanyak 45 rumah ibadat ditenggelami air dan 25 sekolah terjejas manakala 13 jalan raya terjejas.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#banjir
#Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia
#Sumatera Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan