DUNIA
Korban Gaza hampir 61,600 orang, 89 termasuk 31 pencari bantuan terbunuh 24 jam lalu

Sekurang-kurangnya 89 rakyat Palestin terbunuh dan 513 cedera dalam serangan udara Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir, termasuk 31 pencari bantuan yang ditembak ketika cuba mendapatkan bekalan. -Gambar fail
GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 89 rakyat Palestin terbunuh dan 513 lagi cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza pada Selasa.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 89 rakyat Palestin terbunuh dan 513 cedera dalam serangan udara Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir, termasuk 31 pencari bantuan yang ditembak ketika cuba mendapatkan bekalan.
- Jumlah kematian keseluruhan sejak 7 Oktober 2023 kini mencecah 61,599 orang, dengan lebih 154,088 cedera, dan 1,838 pencari bantuan terbunuh sejak mekanisme agihan baharu diperkenalkan.
- PBB dan agensi bantuan antarabangsa menggesa Israel membuka sempadan untuk kemasukan sekurang-kurangnya 600 trak bantuan sehari, namun purata semasa hanya sekitar 86 trak, jauh daripada keperluan minimum dua juta penduduk Gaza.
Sebelas lagi mayat ditemui di bawah runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan terdahulu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak 7 Oktober 2023 kepada 61,599 orang, manakala 154,088 lagi cedera.
Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan bahawa jumlah pencari bantuan yang terbunuh sejak Israel memperkenalkan mekanisme agihan baharu melalui entiti kontroversi Gaza Humanitarian Foundation (GHF) pada 27 Mei lalu telah meningkat kepada 1,838 orang, dengan lebih 13,409 cedera.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan antarabangsa terus menggesa Israel agar membuka sempadan dan membenarkan kemasukan sekurang-kurangnya 600 trak bantuan setiap hari.
Namun, purata semasa hanya sekitar 86 trak sehari, jauh daripada keperluan minimum penduduk Gaza yang berjumlah lebih dua juta orang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami