awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran ribut petir di lapan negeri hingga 1 pagi ini - MetMalaysia

Bernama
Bernama
12/08/2025
14:33 MYT
Amaran ribut petir di lapan negeri hingga 1 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di lapan negeri sehingga 1 pagi Rabu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di lapan negeri sehingga 1 pagi Rabu.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri berkenaan ialah Kelantan yang melibatkan kawasan Gua Musang dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).
Keadaan cuaca sama dijangka turut melanda kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan di Pahang; daerah Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; seluruh Melaka; dan di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Sementara itu, di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri); manakala Sabah di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#amaran
#tibut petir
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan