awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban kebakaran hutan di Australia 12 orang

Agensi
Agensi
01/01/2020
08:42 MYT
Korban kebakaran hutan di Australia 12 orang
Angka kematian meningkat kepada 12 orang termasuk tiga anggota bomba sukarela dalam kebakaran hutan yang melanda hampir keseluruhan Australia sejak beberapa bulan lalu. - Gambar fail AP
Angka kematian meningkat kepada 12 orang termasuk tiga anggota bomba sukarela dalam kebakaran hutan yang melanda hampir keseluruhan Australia sejak beberapa bulan lalu.
Terbaharu, di New South Wales (NSW) merekodkan kematian ketiga pada Rabu dalam kebakaran di kawasan padang rumput sekali gus meranapkan pantai tenggara Australia, manakala mangsa keempat yang masih hilang turut dikhuatiri maut.
Bantuan memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat kini giat dijalankan oleh kapal-kapal tentera laut.
Keadaan di NSW akibat suhu yang semakin meningkat menyebabkan bandar itu diselimuti asap hitam selama dua hari iaitu pada Isnin dan Selasa sekali gus memaksa ribuan penduduk menuju ke arah pantai untuk menyelamatkan diri.
Sebahagian besar penduduk turut memilih untuk berada di gigi air bagi menyelamatkan diri daripada api yang kian marak.
Sebagai rekod, kebakaran hutan di Australia memusnahkan kawasan seluas empat juta hektar.
Kebakaran demi kebakaran berlaku hampir setiap hari disebabkan cuaca panas yang melampau beserta angin.
Sementara itu, keadaan cuaca di NSW yang tenang seketika membolehkan pihak berkuasa mengira kos kerugian akibat kebakaran walaupun masih ada lebih 100 nyalaan kecil di NSW dengan ribuan anggota penyelamat.
Terdahulu, mayat mangsa yang maut ditemui di dalam sebuah kereta yang hangus selepas pihak penyelamat berjaya memasuki kawasan yang terjejas teruk.
Polis turut memberitahu angka kematian akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
“Apa yang boleh kami laporkan adalah tiga kematian baharu dalam kebakaran di NSW.
“Kini anggota polis turut mengawal Lake Conjola di mana premis kediaman turut musnah akibat kebakaran manakala penghuni rumah masih belum kami temui,” kata Timbalan Komisioner Polis NSW, Gary Worboys kepada Reuters.
Sehingga kini, anggaran awal rumah yang musnah akibat kebakaran adalah sebanyak 200 buah.
Topic Berkaitan
#API
#Australia
#cuaca panas
#hilang
#kebakaran
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan