GOHEUNG: Korea Selatan melangkah ke hadapan dalam misi angkasa lepasnya.

Terbaharu, negara itu melakukan cubaan pelancaran roket buatannya sendiri di Goheung, pada Khamis.

Ia juga seiiring dengan matlamat Korea dalam Program Pelancaran Satelit.

Roket yang dikenali sebagai Nuri itu memasuki orbit antara 600 hingga 800 kilomter dan membawa barangan seperti 1.5 tan blok besi dan aluminium.

Bagaimanapun belum dapat disahkan kejayaannya melakukan misi tersebut.

Visual menunjukkan roket berketinggian 47 meter atau 174 kaki itu dilancarkan di Naro Space Center.

Pusat Institut Kajian Angkasa Lepas Korea berkata, ia memerlukan masa untuk menentukan sama ada roket Nuri itu berjaya dalam misinya.