awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Puteri Wales, Kate Middleton kongsi pengalaman sukar pemulihan kanser
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Agenda Iklim: Malaysia melangkah, dunia jangan alpa
HIBURAN
Enggan panjangkan isu melibatkan 4U2C, Ajai mohon maaf
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake - Abang Johari

Bernama
Bernama
02/07/2025
15:00 MYT
Kemajuan teknologi mampu tangani ancaman deepfake - Abang Johari
Abang Johari berkata beliau dimaklumkan penyelidikan sedang dijalankan oleh saintis untuk membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menangani penipuan termasuk penipuan siber. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kemajuan teknologi pada masa hadapan, khususnya dalam pembangunan mikrocip mampu menyediakan perlindungan berkesan terhadap ancaman seperti deepfake atau palsu asli, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari berkata beliau dimaklumkan penyelidikan sedang dijalankan oleh saintis untuk membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menangani penipuan termasuk penipuan siber.
"Meskipun kerangka perundangan penting untuk membendung ancaman, penyelesaian berasaskan teknologi juga sedang dibangunkan. Teknologi inilah yang sedang diusahakan. Ada satu cip, yang saya baca lah, mampu menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 di sini hari ini.
Beliau berkata cip yang dimaksudkan itu sedang direka bentuk untuk membezakan antara kandungan sebenar dan kandungan yang telah dimanipulasi, yang akan menunjukkan sama ada sesuatu itu tulen atau palsu.
"Jadi, akan ada penyelesaian yang tuntas," katanya sambil meramalkan teknologi seumpama itu mungkin mengambil tempoh lima hingga 10 tahun untuk dibangunkan sepenuhnya.
Abang Johari berkata kemajuan teknologi maklumat pada masa ini telah meningkatkan kepentingan keseimbangan dan kewaspadaan dalam menangani pengembangan AI dan media sintetik.
"Di dunia ini, mesti wujud keseimbangan semula jadi seperti siang dan malam. Begitu juga dengan teknologi. Walaupun deepfake mewakili sisi gelap, tetapi penyelesaian pasti akan muncul, dan besar kemungkinan terletak pada cip ini," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Abang Johari menyeru pengamal media supaya memperkukuh peranan mereka dengan bukan sekadar menjadi penyampai cerita, tetapi juga pelindung kepercayaan awam yang berwibawa.
Beliau berkata kepercayaan berkenaan perlu dipertahankan dalam setiap keputusan yang dibuat, termasuk dalam penggunaan teknologi, terutama ketika AI semakin pesat digunakan di bilik berita.
"Janganlah kita terlalu terpesona dengan keupayaan AI sehingga kita mengabaikan nilai kemanusiaan. Pastikan teknologi kekal berperanan sebagai alat bantu dan bukannya menguasai kita serta tidak menghilangkan ciri-ciri kemanusiaan yang menjadikan profesion ini begitu penting dalam sistem demokrasi," katanya.
Lebih 700 peserta menghadiri SMeC 2025 yang berlangsung dua hari bermula hari ini dengan menampilkan tokoh terkemuka dalam bidang media dan komunikasi dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi pandangan mereka dalam menyesuaikan diri dengan era digital dan AI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemajuan teknologi
#deepfake
#mikrocip
#teknologi AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami