Skip to main content

Dunia

Korea Selatan adakan mesyuarat tergempar susulan pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Sumber: Adobe Stock
Korea Utara melancarkan peluru berpandu dari kawasan Sinpho kira-kira 6.10 pagi Ahad, menurut Ketua Turus Bersama (JCS). - Gambar hiasan

SEOUL: Pejabat Keselamatan Negara Korea Selatan dijadual mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad selepas Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke arah Laut Timur, lapor Agensi Berita Yonhap.

Korea Utara melancarkan peluru berpandu dari kawasan Sinpho kira-kira 6.10 pagi Ahad, menurut Ketua Turus Bersama (JCS).

Advertisement

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Kim Hyun-jong dan dihadiri pegawai daripada kementerian pertahanan serta agensi berkaitan lain bagi menganalisis dan menilai pelancaran terbaharu peluru berpandu Korea Utara, menurut jurucakap presiden Kang Yu-jung.

Korea Utara kali terakhir melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat pada 8 April.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video