Skip to main content

Dunia

Korea Selatan akan berunding dengan AS bagi kekalkan tarif 15 peratus

Kerajaan Korea Selatan merancang mengadakan rundingan dengan AS bagi memastikan kadar tarif 15 peratus yang dipersetujui bersama terus dikekalkan. - Foto Bernama
Kerajaan Korea Selatan merancang mengadakan rundingan dengan AS bagi memastikan kadar tarif 15 peratus yang dipersetujui bersama terus dikekalkan. - Foto Bernama

Advertisement

Advertisement

SEOUL: Pejabat Presiden Korea Selatan pada Jumaat memaklumkan bahawa Seoul akan mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan tarif import terhadap barangan negara itu kekal pada kadar semasa 15 peratus, selepas Washington mengumumkan tarif baharu sehingga 12.5 peratus terhadap rakan dagangnya.

Menurut Agensi Berita Yonhap, kenyataan itu dibuat selepas Washington mengumumkan tarif baharu terhadap 60 rakan dagang termasuk Korea Selatan berhubung kebimbangan mengenai buruh paksa di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974.

Seoul dan Washington sebelum ini bersetuju menerusi rundingan tarif untuk mengurangkan tarif timbal balas AS terhadap barangan Korea Selatan kepada 15 peratus pada tahun lepas.

Advertisement

Bagaimanapun, kadar tarif keseluruhan berpotensi melebihi 15 peratus sekiranya tarif baharu berkaitan buruh paksa itu dikenakan bersama duti ke atas lebihan pengeluaran yang dijangka diperkenalkan Washington tidak lama lagi.

“Kerajaan merancang mengadakan rundingan dengan AS bagi memastikan kadar tarif 15 peratus yang dipersetujui bersama terus dikekalkan,” menurut Pejabat Presiden.

Advertisement

Pejabat itu berkata kedua-dua negara mempunyai persefahaman bahawa persetujuan tarif yang dicapai sebelum ini perlu dihormati.

-- BERNAMA-YONHAP

Must Watch Video

Advertisement