awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan capai kemajuan ketara dalam rundingan tarif dengan AS

Bernama
Bernama
19/10/2025
12:48 MYT
Korea Selatan capai kemajuan ketara dalam rundingan tarif dengan AS
Berdasarkan kemajuan daripada rundingan, kedua-dua negara akan berusaha memastikan perbincangan diselesaikan dengan lancar. - Reuters
YEONGJONGDO/SEOUL: Seorang pegawai kanan Presiden Korea Selatan berkata pada Ahad bahawa "kemajuan ketara" telah dicapai dalam kebanyakan isu yang dibincangkan dalam rundingan susulan mengenai tarif dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Yonhap.
Ketua Staf Presiden bagi Dasar Kim Yong-beom berkata demikian selepas bertemu Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan beberapa pegawai AS lain bagi rundingan berkenaan di Washington pada Khamis.
"Terdapat kemajuan yang ketara dalam kebanyakan isu," kata Kim kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, barat Seoul, selepas tiba ke tanah air. "Namun masih ada beberapa perkara yang memerlukan penyelarasan lanjut."
"Berdasarkan kemajuan daripada rundingan itu, kami akan berusaha memastikan perbincangan diselesaikan dengan lancar dan menghasilkan keputusan yang memberi kelebihan kepada kepentingan negara," katanya.
Apabila ditanya sama ada rundingan itu boleh diselesaikan sebelum Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dijadual berlangsung di Korea Selatan hujung bulan ini, Kim berkata kemungkinan itu kini lebih tinggi berbanding sebelum perjalanannya ke AS.
Namun beliau mengakui masih terdapat "satu atau dua" isu yang memerlukan rundingan tambahan.
Mengulas mengenai sama ada perbincangan turut melibatkan komitmen pelaburan Korea Selatan berjumlah AS$350 bilion di AS yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun, Kim enggan mengulas isu khusus daripada rundingan itu.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini menyatakan bahawa pelaburan itu akan dibuat "secara serta-merta," manakala pegawai Seoul pula menjelaskan bahawa komitmen berkenaan bertujuan membiayai projek dan bukan bayaran tunai, sambil menyeru jaminan kewangan seperti pengaturan pertukaran mata wang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rundingan tarif
#perdagangan
#Korea Selatan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan