SEOUL: Korea Selatan melaporkan rekod harian jangkitan COVID-19 baharu sebanyak 5,123 kes, dan sistem kesihatan negara itu kini bertungkus-lumus menangani lonjakan jumlah pesakit dengan simptom teruk, selain mengesan kemungkinan kes Omicron.
Pada Isnin, kerajaan menangguhkan perancangan untuk melonggarkan lagi sekatan COVID-19 berikutan beban sistem kesihatan yang semakin meningkat.
Hospital sekarang ini mempunyai 723 pesakit dengan simptom teruk yang memerlukan katil unit rawatan rapi (ICU) dan jumlahnya dijangka semakin meningkat.
Lebih 84 peratus pesakit COVID-19 yang mengalami simptom teruk berusia 60 tahun ke atas, dan pakar kesihatan menggalakkan pengambilan dos penggalak.
Pihak berkuasa akan menjalankan usaha menambah bilangan katil di hospital sehingga sekurang-kurangnya 1,300 menjelang pertengahan Disember, kata Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan, Jeon Hae-cheol.
Beliau juga mengarahkan langkah pencegahan lebih ketat dijalankan untuk berdepan Omicron, selepas terdapat beberapa kes kemasukan ke negara itu dari Nigeria.
Setakat ini tiada laporan mengenai kes Omicron di negara berkenaan.
Kes baharu pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 452,350 kes, dan 3,658 kemtian. Meskipun jumlah merka yang dimasukkan ke hospital meningkat, kadar kematian kekal rendah iaitu 0.81 peratus.
Korea Selatan sudah lengkap memvaksin sehingga 80 peratus daripada populasinya yang vberjumlah 52 juta orang, sementara dos penggalak bagi golongan usia antara 18 hingga 49 tahun bermula Sabtu ini.
Agensi
Wed Dec 01 2021
Kerajaan Korea Selatan menangguhkan perancangan untuk melonggarkan lagi sekatan COVID-19 berikutan beban sistem kesihatan yang semakin meningkat.- Reuters
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Langkah itu timbul sehari selepas usul pendakwaan Yoon gagal diluluskan kerana kekurangan kuorum, dengan semua kecuali tiga ahli parlimen PPP memboikot undian itu.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Pasaran kewangan dan pertukaran asing Korea Selatan "semakin stabil" selepas pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu
Parti pembangkang di Korea Selatan pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu.