SEOUL: Korea Selatan dijangka menjadi antara negara tertua di dunia pada tahun 2070 berdasarkan kepantasan kadar penuaan populasinya.
Kadar rakyat Korea Selatan berumur 75 tahun ke atas dengan jumlah penduduk negara itu adalah sebanyak 7.7 peratus pada 2023, menurut Statistik Korea pada Jumaat.
Angka ini dijangkakan meningkat kepada 16.0 peratus pada 2037 dan 30.7 peratus pada 2070, lapor Xinhua.
Angka untuk Korea Selatan pada 2070 dianggarkan antara yang tertinggi dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), menurut agensi statistik itu, memetik Prospek Penduduk Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022.
Anggaran untuk tahun 2070 bagi Jepun, Sepanyol, Itali, Poland dan Amerika Syarikat masing-masing sebanyak 25.6 peratus, 24.8 peratus, 24.1 peratus, 22.6 peratus dan 16.0 peratus.
Kadar penduduk Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas diunjurkan meningkat daripada 18.4 peratus pada 2023 kepada 31.9 peratus pada 2037 dan 46.4 peratus pada 2070.
Dalam kalangan mereka yang berumur 65-74 tahun, 59.6 peratus menyatakan harapan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan. Ia meningkat 11.9 mata peratusan daripada 10 tahun sebelumnya.
Bacaan dalam kalangan penduduk berumur 75-79 tahun meningkat 11.8 mata peratusan kepada 39.4 peratus dalam tempoh itu.
Pada 2021, 59.3 peratus daripada mereka yang berumur 65-74 tahun berkata pendapatan mereka tidak mencukupi berbanding purata kos sara hidup.
Angka bagi mereka yang berumur 75 tahun ke atas adalah pada 63.8 peratus pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Kadar penduduk Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas diunjurkan meningkat daripada 18.4 peratus pada 2023 kepada 31.9 peratus pada 2037 dan 46.4 peratus pada 2070. - Gambar fail/Reuters/Yuriko Nakao
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Langkah itu timbul sehari selepas usul pendakwaan Yoon gagal diluluskan kerana kekurangan kuorum, dengan semua kecuali tiga ahli parlimen PPP memboikot undian itu.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Pasaran kewangan dan pertukaran asing Korea Selatan "semakin stabil" selepas pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu
Parti pembangkang di Korea Selatan pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.