SEOUL: Korea Selatan pada Jumaat mengenakan sekatan unilateral ke atas kumpulan penggodam Korea Utara yang dikenali sebagai Kimsuky sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket satelit pengintip tentera di angkasa oleh Pyongyang, menurut kementerian luar.
Seoul bersama Washington juga mengeluarkan nasihat keselamatan yang memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa mengenai aktiviti haram kumpulan itu yang didakwa terlibat dalam kecurian maklumat dan teknologi, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut kementerian itu, Kimsuky, sebuah unit dalam Biro Am Peninjau, agensi perisikan tentera Korea Utara, dituduh mengumpul risikan daripada individu dan institusi dalam bidang diplomasi, keselamatan dan pertahanan negara, dan menyerahkannya kepada rejim Korea Utara.
Kumpulan itu juga diketahui terlibat dalam memperoleh teknologi canggih berkaitan pembangunan senjata, satelit dan teknologi angkasa di seluruh dunia yang secara langsung atau tidak langsung membantu dalam projek pembangunan satelit Korea Utara.
Tindakan Seoul itu merupakan sekatan unilateral pertama di dunia terhadap kumpulan penggodam Korea Utara. Ia juga mewakili langkah sekatan unilateral kelapan terhadap Utara sejak pentadbiran Yoon Suk Yeol bermula Mei tahun lalu.
Nasihat bersama Seoul-Washington mengenai Kimsuky itu mengandungi maklumat terperinci tentang teknik penggodaman yang digunakan oleh kumpulan itu selain mengesyorkanl langkah berjaga-jaga terhadap aktiviti yang mencurigakan itu.
Nasihat itu dikeluarkan bersama oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan, Agensi Polis Kebangsaan Korea (KPNA), kementerian luar negeri, Biro Siasatan Persekutuan AS, jabatan negara dan Agensi Keselamatan Negara.
Korea Utara mengakui bahawa percubaannya untuk melancarkan satelit pengintip ketenteraan ke orbit pada Rabu pagi telah gagal, dan berjanji untuk melancarkan semula "secepat mungkin".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Korea Utara mengakui bahawa percubaannya untuk melancarkan satelit pengintip ketenteraan ke orbit pada Rabu pagi telah gagal, dan berjanji untuk melancarkan semula "secepat mungkin". -Gambar fail/Reuters
[TERKINI] Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Kaitan penggunaan vape dengan masalah mental masih dalam kajian - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Parlimen, untuk mengaitkan penggunaan vape dengan masalah mental masih di peringkat kajian.
Namun sekiranya Kerajaan mempunyai sokongan padu daripada Ahli Parlimen serta disokong orang ramai, Kerajaan akan mengusahakannya cadangan pengharaman Vape.
Namun sekiranya Kerajaan mempunyai sokongan padu daripada Ahli Parlimen serta disokong orang ramai, Kerajaan akan mengusahakannya cadangan pengharaman Vape.
Kerajaan rancang pelan komprehensif perumahan sihat dari segi mental - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Parlimen, Kerajaan merancang pelan komprenshif berkaitan reka bentuk dan pelaksanaan pembangunan bandar bagi tangani isu masalah mental serta akan bekerjasama dengan KPKT, bangunkan perumahan sihat dari segi mental.
Jelasnya, kawasan perumahan berpenduduk padat menyumbang peningkatan tingkah laku bunuh diri.
Jelasnya, kawasan perumahan berpenduduk padat menyumbang peningkatan tingkah laku bunuh diri.
Kerajaan fokus cegah berbanding rawat isu kesihatan mental - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Parlimen, Kerajaan perlukan pembiayaan dan pelaburan bagi menanggani isu kesihatan mental di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Justeru Kerajaan akan berkolaborasi dengan pihak swasta bagi memastikan pelaburan berkaitan kesihatan mental penting bagi menjana produktiviti pada masa hadapan.
Justeru Kerajaan akan berkolaborasi dengan pihak swasta bagi memastikan pelaburan berkaitan kesihatan mental penting bagi menjana produktiviti pada masa hadapan.
922,318 pelajar sekolah, IPT alami masalah mental pada 2023 - Lukanisman
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Parlimen menerusi laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), masalah kesihatan mental di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi menunjukkan peningkatan daripada 7.9 peratus iaitu 424,000 orang pada 2019 kepada 16.5 peratus 922,318 orang pada 2023.
Selain itu laporan NHMS menunjukkan peningkatan tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun.
Selain itu laporan NHMS menunjukkan peningkatan tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun.
Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan peningkatan itu daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus (2023).
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hamidin tidak pertahan jawatan Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam Kongres FAM awal tahun depan.
Konflik Korea Selatan: KOSPI jatuh hampir dua peratus, Won memulih
Indeks Harga Saham Komposit Korea Selatan (KOSPI) mengalami penurunan ketara sebanyak 1.97 peratus iaitu 2,440 mata pada pembukaan pagi ini. Ketika dagangan ditutup pada Selasa, ia berada paras 2,500 mata.
Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini
Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara lancar 190 lagi belon sampah ke Korea Selatan
Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar.