Korea Selatan laporkan kes keempat demam babi Afrika ketika virus menular ke seluruh negara

Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang babi di Daerah Yeonggwang, kira-kira 320 kilometer ke selatan Seoul, yang menternak sekitar 21,000 ekor babi. - Gambar fail/hiasan
SEOUL: Korea Selatan pada Selasa mengesahkan kes keempat demam babi Afrika (ASF) bagi tahun ini, mendorong pihak berkuasa mempertingkatkan langkah pembendungan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ringkasan AI
- Korea Selatan mengesahkan kes keempat demam babi Afrika (ASF) bagi tahun ini, memaksa pihak berkuasa untuk meningkatkan langkah pembendungan di seluruh negara.
- Kes terbaharu dikesan di sebuah ladang babi di Daerah Yeonggwang, memaksa kerajaan mengambil tindakan pelupusan babi yang terjejas serta mengeluarkan perintah henti operasi selama 48 jam ke atas semua ladang babi dan kemudahan berkaitan.
- Walaupun ASF tidak menular kepada manusia, ia membawa maut kepada babi dan tiada vaksin atau penawar yang tersedia sehingga kini.
Negara itu mengesahkan kes ASF pertamanya tahun ini awal bulan ini di Bandar Gangneung di bahagian timur, selepas tempoh dua bulan tanpa kes, diikuti dua lagi kes minggu lepas di Anseong dan Pocheon, kedua-duanya di Wilayah Gyeonggi.
"Ketika demam babi Afrika merebak ke kawasan yang sebelum ini dianggap selamat, keadaan semasa adalah lebih serius berbanding sebelum ini," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Ia menggesa kerajaan tempatan, organisasi berkaitan ternakan dan penternak babi untuk melaksanakan langkah pembasmian kuman dan kuarantin secara intensif.
ASF tidak menjejaskan manusia tetapi membawa maut kepada babi dan setakat ini tiada vaksin atau penawar bagi penyakit itu.
--BERNAMA - YONHAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


