Skip to main content

Dunia

Korea Selatan perkenal 'setiausaha undang-undang AI' untuk penjawat awam

61736871544_TBartificialintelli.jpg
Perkhidmatan itu dilaksanakan secara percubaan minggu ini. - Gambar hiasan
Advertisement

SEOUL: Kerajaan Korea Selatan telah membangunkan perkhidmatan "setiausaha undang-undang AI" yang boleh dirujuk oleh penjawat awam ketika mengkaji asas undang-undang dalam perancangan dan pelaksanaan dasar.

Perkhidmatan itu dilaksanakan secara percubaan minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai pada Isnin.

Perkhidmatan kecerdasan buatan (AI), yang akan tersedia mulai Selasa, dilengkapi dengan kira-kira 240,000 keputusan kehakiman terdahulu, undang-undang dan peraturan, selain boleh menjawab pelbagai pertanyaan undang-undang daripada pegawai, menurut kementerian perundangan kerajaan.

Kementerian itu membangunkan perkhidmatan tersebut dengan kerjasama kementerian dalam negeri dan kementerian sains.

Model asas AI buatan sendiri digunakan untuk menjana respons dan perkhidmatan itu hanya berfungsi sebagai rujukan sementara dan bukannya penghakiman undang-undang muktamad, kata pegawai.

"Mentafsir dan melaksanakan undang-undang adalah antara tugas paling mencabar untuk perkhidmatan awam kerana ia memerlukan tahap kepakaran yang tinggi," kata Menteri Perundangan Kerajaan Cho Won-cheol.

"Perkhidmatan setiausaha AI dijangka meningkatkan kecekapan kerja penjawat awam dengan ketara."

-- BERNAMA-YONHAP

Must Watch Video

Advertisement