awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Korea Selatan sepakati usaha ke arah perdagangan seimbang - USTR

Bernama
Bernama
25/04/2025
21:15 MYT
AS, Korea Selatan sepakati usaha ke arah perdagangan seimbang - USTR
Jamieson Greer, wakil USTR. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan bersetuju untuk mencapai kemajuan "segera dan bermakna" ke arah perdagangan yang "saling memahami dan seimbang" dalam satu mesyuarat dua hala di Washington pada Khamis, menurut Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR).
Dalam satu kenyataan, USTR menyifatkan mesyuarat antara wakilnya Jamieson Greer dan Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan Ahn Duk Geun sebagai "berhasil," lapor agensi berita Yonhap.
Mesyuarat itu diadakan ketika Seoul terus berusaha mendapatkan pengecualian daripada tarif timbal balik dan mengikut sektor yang diperkenalkan oleh pentadbiran Trump.
"Dalam pertemuan yang produktif itu, Greer menegaskan keutamaan dasar perdagangan 'America First' Presiden Trump dan kedua-dua pihak bersetuju tentang kepentingan untuk mencapai kemajuan segera dan bermakna ke arah perdagangan yang saling memahami dan seimbang antara AS dan Korea," menurut pejabat itu.
Kedua-dua mereka turut membincangkan langkah seterusnya dan mengarahkan pasukan masing-masing untuk mengadakan perbincangan teknikal minggu depan, menurut kenyataan itu.
USTR turut memaklumkan bahawa Greer dijadual menghadiri Mesyuarat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan diadakan di pulau peranginan Korea Selatan, Jeju, bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Korea Selatan
#perdagangan
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan