awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan tubuh pasukan khas, periksa kerosakan insiden jet pejuang tersalah bom

Bernama
Bernama
07/03/2025
04:44 MYT
Korea Selatan tubuh pasukan khas, periksa kerosakan insiden jet pejuang tersalah bom
Kira-kira 100 pegawai dari perbandaran Pocheon dan pihak tentera memulakan pemeriksaan di kawasan yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara Seoul. - Gambar/ Reuters
POCHEON (Korea Selatan): Pihak berkuasa tempatan dan tentera Korea Selatan menubuhkan pasukan khas bersama pada Jumaat bagi menilai kerosakan harta benda serta tahap keselamatan susulan insiden bom di sebuah kampung di utara negara itu minggu ini.
Kira-kira 100 pegawai dari perbandaran Pocheon dan pihak tentera memulakan pemeriksaan di kawasan yang terletak kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, sehari selepas dua jet pejuang KF-16 milik Tentera Udara secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom ke kawasan terbabit ketika latihan.
Sehingga kini, 58 isi rumah melaporkan kerosakan harta benda.
Pemeriksaan keselamatan itu diketuai pegawai dari kerajaan wilayah Gyeonggi dan Kementerian Pertahanan, yang akan memeriksa pemasangan elektrik, peralatan gas dan struktur bangunan bagi memastikan ia selamat untuk didiami.
Proses pemeriksaan dijangka selesai selewat-lewatnya penghujung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#latihan ketenteraan
#salah bom
#punca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan