awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara anjur persidangan kesatuan wartawan buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun

Bernama
Bernama
05/04/2023
04:30 MYT
Korea Utara anjur persidangan kesatuan wartawan buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun
Persidangan itu berfungsi sebagai peluang penting untuk menambah baik penerbitan dan pelaporan berita dengan menetapkan ideologi parti pemerintah sebagai "garis panduan yang kukuh." -Gambar fail/Reuters
SEOUL: Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun menganjurkan persidangan kesatuan wartawan dan menggesa ahlinya menjadi "jurucakap yang setia" kepada Parti Pekerja yang memerintah.
Persidangan kesembilan Kesatuan Wartawan Korea berlangsung di Pyongyang pada Isnin dan Selasa, disertai oleh pegawai tinggi media negara termasuk penyampai berita Korean Central TV Ri Chun-hee, lapor Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Pada persidangan itu, pengerusi jawatankuasa pusat kesatuan itu menyeru ahlinya supaya menerima dasar dan pendirian parti pemerintah sebagai "kebenaran mutlak" dan menjadi "jurucakap setia" untuk memimpin pembinaan negara sosialis.
Ahli-ahli sebulat suara mengundi untuk menyemak peraturan kesatuan, namun KCNA tidak memberikan butiran mengenainya.
Selain itu, ahli-ahli kesatuan turut memilih pengerusi dan naib pengerusi baharu jawatankuasa pusat.
Menurut KCNA, persidangan itu berfungsi sebagai peluang penting untuk menambah baik penerbitan dan pelaporan berita dengan menetapkan ideologi parti pemerintah sebagai "garis panduan yang kukuh."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Ri Chun-hee
#Kesatuan Wartawan Korea
#persidangan kesatuan wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan