Korea Utara telah mencadangkan kepada Rusia untuk mempertimbangkan pemindahan kedutaannya di Pyongyang kerana meningkatnya ketegangan di semenanjung Korea.

“Wakil Kementerian Luar Korea Utara mencadangkan pihak Rusia menimbang untuk memindahkan pekerja-pekerja kedutaan Rusia” kata wakil kedutaan Rusia, Denis Samsonov.

Dia juga menambah bahawa situasi di Pyongyang kini dilihat masih terkawal.

Satu sumber dari Kementerian Luar Rusia telah dipetik oleh Interfax dan agensi-agensi berita RIA Novosti berkata bahawa keselamatan rakyat Rusia adalah keutamaan sebelum mengambil sebarang keputusan.

"Malangnya, keadaan (di semenanjung Korea) tidak seperti yang kita ingini. Bagi kami keselamatan rakyat kami menjadi keutamaan," kata sumber itu, yang tidak mahu dikenal pasti.