Korea Utara bertindak menukarkan waktunya 30 minit lebih awal pada 11.30 malam waktu tempatan pada Jumaat.

Ia bagi menyelaraskan waktu yang sama di antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Sebelum ini kedua-dua negara tersebut berkongsi zon waktu yang sama dengan negara matahari terbit, Jepun iaitu sembilan jam lebih awal dari zon waktu utama dunia atau Greenwich Mean Time (GMT).

Pertukaran ini secara tidak langsung warga Korea Utara hilang 30 minit mereka pada hari Jumaat selepas pertukaran disempurnakan.

Keputusan pertukaran dicapai dalam sidang kemuncak bulan lalu di antara pemimpin kedua-dua negara.

Keputusan ini menyaksikan ia memansuhkan pertukaran Pyongyang yang mengambil keputusan untuk melambatkan waktu mereka 30 minit di belakang Seoul pada 2015.