awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: UK sahkan kes ketiga

Isabelle Leong
Isabelle Leong
06/02/2020
13:53 MYT
Koronavirus: UK sahkan kes ketiga
Pesakit ketiga tersebut difahamkan disahkan positif di Brighton dan dipindahkan ke pusat pakar Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS). - gambar hiasan
UNITED Kingdom (UK) mengesahkan kes ketiga jangkitan novel koronavirus di negara tersebut.
Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Chris Whitty berkata pesakit ketiga tersebut tidak mendapat jangkitan virus tersebut di UK.
Pesakit tersebut difahamkan disahkan positif di Brighton dan dipindahkan ke pusat pakar Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).
Whitty berkata pihaknya menggunakan langkah-langkah kawalan jangkitan yang ketat bagi mencegah penularan virus berkenaan.
“NHS sudah bersedia menangani kes sebegini dan kami kini bertindak dengan pantas untuk mengenal pasti sebarang kontak dengan pesakit ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Pada 30 Januari lalu, Whitty mengesahkan dua kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.
Katanya, kedua-dua pesakit terbabit daripada keluarga yang sama.
Salah seorang daripada kedua-dua kes tersebut merupakan mahasiswa di University of York.
Topic Berkaitan
#Chris Whitty
#coronavirus
#Ketua Pegawai Perubatan England
#koronavirus
#NHS
#Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan
#UK
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan