Skip to main content

Sukan

Harimau Malaya B-15 tewas penentuan penalti kepada Qatar

Harimau Malaya B-15 tewas 4-5 kepada Qatar menerusi penentuan sepakan penalti pada Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, 29 Okt 2026. - Foto Malaysia NT
Harimau Malaya B-15 tewas 4-5 kepada Qatar menerusi penentuan sepakan penalti pada Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, 29 Okt 2026. - Foto Malaysia NT

Advertisement

KUALA LUMPUR: Hasrat skuad Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) untuk mara ke final penentuan tempat ke-53 dan ke-54 tidak kesampaian selepas tewas 4-5 kepada Qatar menerusi penentuan sepakan penalti pada Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, semalam.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi skuad kebangsaan, Malaysia NT, penentuan sepakan penalti terpaksa dilakukan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi separuh akhir Tier B bagi penentuan tempat ke-53 hingga ke-56 di Hovsan Competition Complex.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya B-15 akan berdepan Lubnan hari ini bagi menentukan kedudukan ke-55 dan ke-56.

Terdahulu, Malaysia tewas 1-3 kepada China pada aksi suku akhir Tier B bagi penentuan tempat ke-49 hingga ke-56.

Malaysia sebelum ini muncul sebagai satu-satunya wakil Asia Tenggara yang layak beraksi dalam Tier B selepas menamatkan saingan Kumpulan H selaku naib juara dengan 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Kejohanan julung kali dianjurkan itu menghimpunkan 191 pasukan negara dan menggunakan format lapan sebelah, dengan setiap perlawanan berlangsung selama 40 minit.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement