Jepun mengesahkan kos kerugian akibat penundaan temasya Sukan Olimpik Tokyo akan dibahagikan bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Menurut Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga, kedua-dua jawatankuasa bersetuju untuk bersama-sama menanggung kesan penangguhan tersebut.
"Dalam satu mesyuarat IOC dan jawatankuasa penganjuran sukan itu baru-baru ini, satu keputusan dicapai supaya kos akibat penundaan temasya itu ditanggung kedua-dua pihak.
"Kami akan terus mengadakan perbincangan dan memberikan perhatian terhadap sebarang perkembangan," katanya dalam satu sidang media pada Jumaat.
Kenyataan tersebut menyusul selepas IOC mengumumkan sejumlah AS$800 juta diperlukan bagi membiayai pinjaman dan semua pembayaran yang timbul akibat penangguhan tersebut.
Setakat ini, masih belum jelas jumlah keseluruhan kos akibat penangguhan temasya itu, namun ia dianggarkan membabitkan berbilion dolar.
Terdahulu, Sukan Olimpik Tokyo yang sepatutnya berlangsung tahun ini disahkan ditunda kepada Julai 2021 susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia.