awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kosovo berdepan pilihan raya awal selepas perdana menteri gagal bentuk kerajaan

Bernama
Bernama
26/10/2025
22:10 MYT
Kosovo berdepan pilihan raya awal selepas perdana menteri gagal bentuk kerajaan
Kurti berucap di Parlimen di Pristina Kosovo, 26 Okt 2025. REUTERS
ISTANBUL: Kosovo sedang menuju ke arah pilihan raya awal selepas bakal perdana menteri, Albin Kurti gagal memperoleh undi mencukupi di Parlimen pada Ahad untuk membentuk kerajaan ketiganya, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Albin Kurti gagal bentuk kerajaan baharu selepas tidak mendapat undi majoriti di Parlimen Kosovo.
  • Presiden Kosovo perlu calonkan pemimpin baharu dalam 10 hari, jika gagal, pilihan raya awal mesti diadakan dalam 40 hari.
  • Kurti beri amaran kegagalan bentuk kerajaan boleh jejaskan belanjawan 2026 dan program sosial negara.

Dalam sesi Parlimen pada Ahad, Kabinet "Kurti 3" yang dicadangkan Kurti menerima 56 undi menyokong, 52 menentang dan empat berkecuali, kurang daripada 61 undi yang diperlukan untuk majoriti di dewan yang mempunyai 120 kerusi.
Ini merupakan kali pertama sejak 2001 seorang bakal perdana menteri gagal memenangi undi percaya pada percubaan awal, menurut laporan Koha News.
Selepas kegagalan itu, Speaker Parlimen Dimal Basha berkata langkah seterusnya terletak pada Presiden Vjosa Osmani yang dijangka akan berunding dengan pemimpin parti bagi menentukan sama ada majoriti baharu dapat dibentuk.
Menurut Perlembagaan, Osmani mesti mencalonkan seorang lagi calon dalam tempoh 10 hari, namun jika kerajaan baharu tidak dapat dibentuk, pilihan raya awal mesti diadakan dalam tempoh 40 hari.
Dalam ucapannya kepada ahli Parlimen, Kurti mengakui beliau belum mencapai sebarang perjanjian gabungan dan merayu sokongan "demi kepentingan awam dan negara."
Beliau memberi amaran bahawa kegagalan membentuk kerajaan akan menjejaskan kelulusan belanjawan negara 2026 serta menimbulkan gangguan terhadap program sosial termasuk pencen, elaun kanak-kanak dan gaji penjawat awam.
Kabinet 20 anggota yang dicadangkan Kurti itu turut mengekalkan beberapa tokoh utama seperti Menteri Luar Glauk Konjufca dan Menteri Kewangan Hekuran Murati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kosovo
#pilihan raya
#albin kurti
#gagal bentuk kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan