INTERNATIONAL
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal

Kotak hitam pesawat berhenti merakam kira-kira dua kilometer sebelum pesawat menghampiri landasan, pada 8.58.50 pagi, empat minit sebelum kemalangan. -Gambar fail/AP
SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas tragik Jeju Air bulan lepas mengeluarkan laporan awal kemalangan itu pada Isnin, mendedahkan kotak hitam pesawat itu berhenti merakam kira-kira dua kilometer (km) sebelum pesawat menghampiri landasan.
Ringkasan AI
- Pihak berkuasa Korea Selatan mengeluarkan laporan awal mengenai nahas Jeju Air yang berlaku pada 29 Disember di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang meragut nyawa 179 daripada 181 orang di dalam pesawat.
- Kotak hitam pesawat berhenti merakam kira-kira dua kilometer sebelum pesawat menghampiri landasan, pada 8.58.50 pagi, empat minit sebelum kemalangan.
- Penemuan awal akan diserahkan kepada ICAO dan pihak berkuasa penerbangan di Amerika Syarikat, Perancis, dan Thailand. Beberapa bulan diperlukan untuk menganalisis data kotak hitam bagi pengesahan lanjut.
Jawatankuasa penyiasatan di bawah kementerian pengangkutan mendedahkan lokasi anggaran di mana kotak hitam yang merangkumi perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR), berhenti berfungsi.
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Kementerian itu memaklumkan bahawa beberapa bulan diperlukan untuk menganalisis FDR dan CVR bagi pengesahan lanjut.
Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa masa sebenar kejadian pelanggaran dengan burung, bilangan burung yang terlibat dan sama ada kehadiran spesies burung lain, masih belum dapat dipastikan.
Kementerian itu telah memberi taklimat kepada keluarga mangsa mengenai penemuan awal itu dalam satu pertemuan pada Sabtu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami