awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPTM Gua Musang dibuka semula, fokus kursus berasaskan industri - Zahid

Bernama
Bernama
28/04/2025
08:45 MYT
KPTM Gua Musang dibuka semula, fokus kursus berasaskan industri - Zahid
Ahmad Zahid bergambar bersama Ketua Peneroka KESEDAR Renok Baru Shamsuddin Yaakub (empat,kiri) dan Ketua Peneroka KESEDAR Paloh 3 Hassan Salleh (empat,kanan) selepas gimik penyerahan hak milik geran tanah peneroka KESEDAR. - Bernama
GUA MUSANG: Pusat Pendidikan Tinggi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Gua Musang yang ditutup sejak 2019, bakal dibuka semula dengan penawaran kursus yang lebih relevan dan berdaya saing mengikut keperluan industri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata arahan untuk membuka semula KPTM itu, diberikan selepas mengambil kira keperluan pendidikan tinggi di kawasan luar bandar khususnya di Gua Musang dan seluruh Kelantan.
"Saya telah mengarahkan KPTM ini dibuka semula dan kursus-kursus yang ditawarkan akan disesuaikan dengan kebolehpasaran graduan. Fokus diberikan kepada pelajar-pelajar di sekitar Gua Musang dan Kelantan, untuk mengikuti kursus-kursus yang memenuhi permintaan pasaran kerja.
"Antara bidang yang akan ditawarkan termasuk kursus berkaitan robotik, Internet of Things (IoT), automotif serta program-program lain yang mendapat permintaan tinggi daripada industri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dataran Awam Kampung Jerek, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#KPTM
#Kolej Poly-Tech MARA
#Gua Musang
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan