awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPU Indonesia pelawa negara sahabat jadi pemerhati Pemilu 2024

Bernama
Bernama
13/02/2024
08:30 MYT
KPU Indonesia pelawa negara sahabat jadi pemerhati Pemilu 2024
Tempoh kempen politik bermula pada 28 Nov 2023 dan berakhir pada 10 Feb 2024, diikuti tempoh bertenang dari 11 hingga 13 Feb 2024. - Foto AP
JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia mempelawa negara sahabat untuk menjadi pemerhati pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 menerusi Program Lawatan Pilihan Raya Indonesia (IEVP), lapor Agensi Berita ANTARA.
Bercakap di pejabat KPU di Jakarta pada Isnin, Pengerusi KPU Hasyim Asy'ari berkata program itu memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk mengikuti perkembangan pelaksanaan Pemilu di Indonesia.
"Dalam pilihan raya umum ini, pengundian dan pengiraan undi dibuat di pusat mengundi. Hasil persetujuan, KPU mempelawa negara sahabat melalui wakil di kedutaan mereka di sini," katanya.
Menurut Asy'ari, amalan demokrasi pilihan raya Indonesia paling rumit di dunia kerana sistem senarai pilihan raya yang terbuka.
Beliau berkata keunikan itu berdasarkan jumlah kawasan pilihan raya yang mencecah sebanyak 2,749 kawasan dengan pengundian bagi cabang eksekutif dan legislatif di semua peringkat dijalankan secara serentak.
Memetik analisis pakar dunia serta pemerhati pilihan raya, beliau berkata Pemilu di Indonesia merupakan pilihan raya umum terpendek di dunia.
"Apa yang dimaksudkan dengan pilihan raya umum terpendek ialah tempoh mengundi," kata Asy'ari.
Indonesia akan mengadakan Pemilu pada 14 Feb 2024, menyaksikan kira-kira 204.8 juta pengundi dijangka melaksanakan tangungjawab masing-masing.
Tempoh kempen politik bermula pada 28 Nov 2023 dan berakhir pada 10 Feb 2024, diikuti tempoh bertenang dari 11 hingga 13 Feb 2024.
Rakyat Indonesia akan memilih presiden dan naib presiden serta anggota Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Undangan Wilayah di peringkat wilayah, bandar dan daerah.
--BERNAMA-ANTARA

Topic Berkaitan
#Indonesia
#PEMILU 2024
#pilihan raya
#KPU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan