JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengesahkan kemenangan pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ini berdasarkan mesyuarat pleno untuk menjumlahkan keputusan kiraan undi nasional di pejabat KPU di Jakarta pada Isnin.
Pengerusi KPU, Hasyim Asy'ari berkata jumlah kertas undi yang digunakan dalam pilihan raya presiden dan naib presiden sepadan dengan jumlah pengundi di pusat pengundian (TPS) serta jumlah keseluruhan undi sah dan tidak sah yang berjumlah 12,357 undi, menurut Agensi Berita ANTARA.
Seorang anggota KPU, Idham Holik berkata pasangan Anies-Muhaimin memperoleh sejumlah 4,674 undi diikuti pasangan Prabowo-Gibran menerima 6,266 undi dan pasangan Ganjar-Mahfud mendapat 1,134 undi.
Beliau berkata jumlah pengundi yang dicatatkan dalam daftar pemilih (DPT) bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu 2024) di Kuala Lumpur ialah 62,217 orang. Daripada jumlah itu, 3,605 orang menggunakan hak mengundi mereka.
Selain itu, terdapat 1,828 orang yang mengundi daripada Daftar Pemilih Tambahan (DPTb) dan 6,924 orang yang mengundi daripada Daftar Pemilih Khas (DPK).
"Jumlah pengundi terdiri daripada 7,298 lelaki, 5,059 perempuan dengan jumlah keseluruhan 12,357 orang," kata Idham.
Berdasarkan Peraturan No. 3 tahun 2022 KPU, proses penjumlahan undi nasional bagi Pemilu 2024 dijadualkan berlangsung dari 15 Februari hingga 20 Mac 2024.
Proses pengundian semula Pemilu 2024 bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur diadakan pada 10 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Proses pengundian semula Pemilu 2024 bagi seluruh kawasan Kuala Lumpur diadakan pada 10 Mac di WTC, Kuala Lumpur. - Gambar fail/AP
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
KPU sahkan kemenangan Prabowo-Gibran di Kuala Lumpur
KPU mengesahkan kemenangan pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia di Kuala Lumpur baru-baru ini.