awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPU tetap mahu adakan Pilihan Raya Indonesia pada 2024

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2023
23:45 MYT
KPU tetap mahu adakan Pilihan Raya Indonesia pada 2024
Ketua KPU, Hasyim Asy'ari (tengah) berkata, mana-mana undang-undang yang mengawal proses dan jadual pilihan raya masih sah dan mengikat di sisi undang-undang. - Foto Twitter/KPU RI
JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) berikrar untuk meneruskan penganjuran Pilihan Raya Presiden tahun depan.
Pengumuman ini disifatkan melanggar keputusan mahkamah daerah untuk menghentikan semua proses pilihan raya selama lebih dua tahun.
KPU berkata, pihaknya akan merayu keputusan oleh Mahkamah Daerah Jakarta Pusat.
Ia berhubung tuntutan mahkamah yang difailkan oleh sebuah parti selepas permohonannya untuk bertanding pilihan raya ditolak tahun lepas.
Parti terbesar Indonesia dan Ketua Menteri Keselamatan Negara itu menolak keputusan berkenaan atas faktor mahkamah daerah tidak ada kuasa untuk memutuskan isu pilihan raya.
Sehingga kini tidak jelas apa yang mempengaruhi keputusan mahkamah mengarahkan semua proses pilihan raya dihentikan.
Menurut Ketua KPU, Hasyim Asy'ari, mana-mana undang-undang yang mengawal proses dan jadual pilihan raya masih sah dan mengikat di sisi undang-undang.
Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Presiden Joko Widodo berkata, mahkamah tidak berhak membuat keputusan sedemikian dan hakim perlu disiasat.
Setiausaha Agungnya, Hasto Kristiyanto berkata, PDIP berpendapat keputusan mahkamah mesti dibatalkan.
Jelasnya, sebarang usaha untuk menangguhkan pilihan raya adalah bercanggah dengan perlembagaan.
PDIP berhujah, mahkamah perlembagaan telah menjelaskan dengan terperinci dalam keputusan kes lain bahawa tidak ada lanjutan melebihi tempoh maksimum dua penggal presiden memegang jawatan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Hasyim Asy'ari
#KPU
#Mahkamah Daerah Jakarta Pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan